Sporty Magazine official website | Members area : Register | Sign in

Akibat Pandemi Covid-19 Semua Event Sepak Takraw Dibatalkan

Rabu, 23 September 2020

Share this history on :

Ketua Umum Perseketuan Sepaktakraw Asia ( ASTAF) sekaligus Sekjen ISTAF 
Dato Abdul Halim Bin Kader (Singapura) saat berkunjung dan bertemu Ketua KOI Raja Sapta Oktohari di Kantor KOI di Jakarta.

Event sepak takraw antarabangsa terpaksa ‘dicutikan’ langsung (dibatalkan) sepanjang 2020 gara-gara situasi semasa pandemik maut Covid-19 dengan ‘korban’ terbaharunya ialah Kejohanan Dunia Piala Raja Thailand Ke-35.

Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) mengumumkan pembatalan kejohanan yang dijadualkan di Bangkok, Disember ini dalam surat rasmi bertarikh 15 September lalu kepada penganjurnya, Persatuan Takraw Thailand (TAT).

“Alasan Istaf ialah keselamatan dan kesihatan pemain, pegawai pasukan dan mereka yang terbabit dalam penganjurannya, perlu sentiasa diberikan keutamaan tertinggi.

“Semua negara anggota Istaf akan dimaklumkan mengenai pembatalannya pada hujung minggu ini,” kata Ketua Astaf, Abdul Halim Kader kepada olahragaonline lewat What's Upnya(WA) Rabu (23/9/2020).

Menurutnya, pembatalan Piala Raja Thailand juga relevan dengan larangan oleh kerajaan kebanyakan negara anggota Istaf berhubung aktiviti keluar masuk rakyat masing-masing bagi membendung jangkitan Covid-19.



Inilah Piala Raja Thailand yang diperkenalkan pada 1984 dan hanya menjadi milik juara di nomor beregu.

“Penyertaan negara-negara lain masih perlu melibatkan peruntukan kewangan daripada kerajaan mereka selain kebenaran badan induk sukan masing-masing.

“Istaf berpendapat dalam situasi Covid-19 sekarang dengan peningkatan kes jangkitannya di seluruh dunia dan undang-undang imigresen ketat negara-negara tertentu, semuanya pasti sangat sukar diperoleh,” katanya.

Piala Raja Thailand Ke-35 pada mulanya dijadualkan pada 2 hingga 10 Oktober ini sebelum cuba dianjakkan Istaf dan TAT ke Disember tanpa tarikh baharu yang khusus.

Diperkenalkan pada 1984, kejohanan antarabangsa tertua ini hanya bermula dengan acara regu berpasukan tetapi kini sudah merangkumi antara regu, gelung, beregu dan kuadran yang disertai sehingga 30 negara.

Thailand sentiasa merajai event ini, trofi ini kecuali sempat dirampas Malaysia pada 1985 dan 1988 namun skuad kita disekat Indonesia pada separuh akhir regu berpasukan, tahun lalu.

Sejak awal 2020, kalendar pertandingan Istaf menyaksikan penundaan dan pembatalan antaranya Kejohanan Asia di Dhaka, Bangladesh (19 hingga 23 Mac), Kejohanan Asia di De Hong, Yunan (26 Mei-2 Jun), Piala Jemputan China di Jinhua, Zheijang (3-6 Juni) dan Kejohanan Pantai Asia Kedua di Qingdao (9-14 Julai).

Event lain termasuk dibatalkan, Kejohanan Belia Bawah 21 Tahun Asia yang turut ditunda ke 12-19 Disember ini dari 6-13 April lalu malah Piala Dunia Istaf Ketiga di Goa, India (24-28 November) dan Piala Persatuan Sepak Takraw Iran (Jordan)
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : wartaolahraga@gmail.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...